Kelab Penyokong : Tangani segera isu dalaman KAFA

KOTA BHARU: Kemelut dalaman pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) diharap dapat ditangani segera secara baik bagi memberi ruang kepada pasukan negeri itu fokus menghadapi kempen Piala Malaysia, musim ini.
Itu permintaan Kelab Penyokong The Red Warriors Lembah Klang (TRWLK) yang melihat isu peletakan jawatan beberapa pegawai tertinggi persatuan itu menjadi kian parah kerana ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan fokus pasukan.


Presiden TRWLK, Mohd Faizal Hasbi berkata, pergolakan antara pemimpin dalam persatuan itu mampu mengeruhkan suasana kerana dalam persatuan semangat kerjasama perlu dititikberatkan.
"Seminggu dua ini timbul kemelut membabitkan dua Naib Presiden KAFA meletakkan jawatan secara berhemah, namun di pihak Presiden peletakan jawatan itu belum diterima secara rasmi oleh persatuan kerana perbincangan perlu dilakukan terlebih dahulu.
"Jadi bagi kami sebagai penyokong setia pasukan, permasalahan ini perlu diselesaikan dengan segera kerana harus diingat pasukan perlu mendapat sokongan dan tumpuan untuk beraksi dalam Piala Malaysia.
"Jika berterusan, ia mungkin memberi kesan kepada pasukan dan diharapkan semangat sepasukan dapat terus diamalkan kerana semangat itu amat penting dalam sesebuah organisasi," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Semalam, dua bekas Naib Presiden KAFA, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim menafikan dakwaan mereka cuba melarikan diri ketika pasukan itu berdepan masalah meruncing.
Sebaliknya, mereka mengakui sudah tawar hati apabila presiden, Bibi Ramjani Ilias Khan menjadikan KAFA seperti hak milik sendiri sekali gus melepaskan jawatan kerana enggan mengkhianati amanah Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) dan peminat negeri itu.
Sumber : Bharian
Kelab Penyokong : Tangani segera isu dalaman KAFA Kelab Penyokong : Tangani segera isu dalaman KAFA Reviewed by Abdul Wafi on August 01, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.