Sebagai org yg bertanggung jawab membawa Apek balik ke Kelantan pd kempen Piala Malaysia 2008....


Sebagai org yg bertanggung jawab membawa Apek balik ke Kelantan pd kempen Piala Malaysia 2008, sya berasa sedih kerana beliau terpaksa berhijrah ke pasukan lain. Namun sya menghormati keputusan yg dibuat oleh pihak pengurusan KAFA mngkin kerana ada sebab2 yg tertentu sehingga tindakan tersebut terpaksa diambil.
Apek adalah bakat tempatan yg menyerlah semasa Kejohanan MSSM pada tahun 2006 ketika beliau mewakili Pasukan Kelantan (umur 17 thn). Kemudian beliau diserapkan ke dalam pasukan Harimau Muda A dibawah kendalian K.Rajagopal, tetapi digugurkan pada pertengahan musim 2008 dan menyertai pasukan PKNS sehingga habis Liga Perdana 2008.
Semasa kempen Piala Malaysia 2008, Jurulatih Regis Laguesse menggantikan Norizan Bakar. Pasukan Kelantan meminjam pemain Khairul Fahmi & Fitri Omar dpd Pasukan PKNS. Ketika itu Fahmi berumur 19thn. Dan kami terus menandatangani beliau utk menjadi penjaga gol ketiga Kelantan pada tahun 2009. Pada tahun tersebut beliau banyak bermain utk pasukan Piala Presiden Kelantan.
Apek cuba berhijrah ke pasukan KL Plus pd musim 2010. Tetapi setelah dipujuk, beliau bersetuju utk membatalkan niat nya dan kembali ke Kelantan dan menandatangan kontrak selama 3 tahun. Saya percaya jika Apek meneruskan niat beliau mewakili KL Plus pada musim 2010, prestasi beliau tidak akan dapat dikenalpasti oleh pasukan kebangsaan. Rezeki beliau di Kelantan kerana dinaikkan menjadi penjaga gol utama Kelantan setelah Syed Adney mengalami kecederaan dan Penjaga Gol kedua, Mohd Shahrizan Ismail, digantung atas sebab2 tertentu. 
Kebetulan prestasi beliau naik mendadak didalam perlawanan2 liga dan juga Piala Malaysia dan dipanggil ke skuad Kebangsaan pada Piala Suzuki AFF 2010. Disitu lah bermula nya era Khairul Fahmi aka Apek yg nama nya meletup secara mendadak apabila Malaysia menjuarai Piala tersebut dgn mengalahkan pasukan Indonesia.
Nama Apek telah sinonim dgn pasukan Kelantan selama 10 tahun. Untuk beliau meninggalkan pasukan The Red Warriors adalah satu kehilangan yg besar dan jasa beliau kepada pasukan negeri dan negara amatlah besar. Masih mengekalkan prestasi nya yang baik, tetapi atas sebab2 yg menjadi teka teki seluruh rakyat Malaysia, khidmat beliau tidak diperlukan oleh pasukan Kelantan utk musim ini.
Mengimbas kembali semasa Apek mewakili Kelantan, saya terasa masih segar dalam ingatan. Saya bersama beliau semasa umur nya baru 19 tahun sehingga sekarang umurnya 29 tahun. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan berharap satu hari nanti Apek akan kembali ke Kelantan utk menabur bakti beliau dinegeri kelahiran nya ini.
😰😰😭😭😭

Mantan Pengurus Pasukan 
The Red Warriors
Hj Azman Ibrahim
Sebagai org yg bertanggung jawab membawa Apek balik ke Kelantan pd kempen Piala Malaysia 2008.... Sebagai org yg bertanggung jawab membawa Apek balik ke Kelantan pd kempen Piala Malaysia 2008.... Reviewed by Abdul Wafi on May 03, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.