Fajar Ibrahim Letak Jawatan Secara Mengejut !!!


SETELAH SISIHKAN SEMUA PEMAIN TONGGAK, AKHIRNYA FAJR LETAK JAWATAN ..
Kelantan mencipta rekod sendiri apabila kehilangan jurulatih buat kali kedua hanya selepas lapan perlawanan Liga Super, setelah Fajr Ibrahim dilaporkan telah meletak jawatan.
Pengendali itu hanya mengendalikan tiga perlawanan, bermula dengan seri menentang NS dan kemudiannya tewas kepada JDT dan PKNP - sama seperti Sathit Bensoh yang mengendalikan hanya tiga perlawanan.
Hampir dua bulan di Kelantan, sumbangan terbesar Fajr adalah menaikkan ramai pemain muda ke skuad senior, dalam masa sama menyisihkan ramai pemain tonggak dengan alasan tiada dalam perancangan termasuklah Khairul Fahmi, Norfarhan Mohd, Badhri Radzi, S.Veenod manakala Do Dong Hyun hampir menjadi mangsa.
Kita masih menanti pengumuman rasmi dari KAFA berhubung perkara ini. Semoga semuanya dipermudahkan buat pasukan ini yang tidak putus dilanda masalah. Penyokong juga perlu bersatu menyokong pengurusan di saat yang sukar seperti ini.
Apa yg pasti, Penyokong Kelantan juga mengharapkan Fajr akan pertimbang semula keputusan dan membuat u turn untuk terus kekal. Foto : Hazmin Hussin
Fajar Ibrahim Letak Jawatan Secara Mengejut !!! Fajar Ibrahim Letak Jawatan Secara Mengejut !!! Reviewed by Abdul Wafi on May 03, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.