SENARAI 29 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD KEBANGSAAN, HARIMAU MALAYA BERMULA 18 MAC 2018



Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah mengumumkan senarai nama 29 pemain untuk menghadiri kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad ini (18 Mac) bagi persiapan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa "A" bertemu Mongolia pada 22 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil dan perlawanan terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemuLebanon di Beirut pada 27 Mac 2018.


LIST OF 29 PLAYERS CALLED UP FOR THE HARIMAU MALAYA TEAM CENTRALISED TRAINING CAMP STARTING ON 18TH MARCH 2018


National head coach, Tan Cheng Hoe has announced the list of 29 players who will attend the Harimau Malaya team’s centralised training camp at Wisma FAM, Kelana Jaya starting this Sunday (18th March) in preparations for their international “A” friendly match against Mongolia on the 22nd March at the Bukit Jalil National Stadium and their final 2019 Asian Cup Qualifiers Group B match against Lebanon in Beirut on the 27th March 2018.

Berikut senarai 29 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad ini, 18 Mac 2018 bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis, 22 Mac 2018 dan perlawanan terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut pada Selasa, 27 Mac 2018.


BIL
NAMA
UMUR
POSISI
PASUKAN
1.
SAFIQ RAHIM
31
TENGAH
JOHOR DARUL TA’ZIM
2.
AHMAD HAZWAN BAKRI
27
PENYERANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
3.
DARREN LOK
27
PENYERANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
4.
NAZMI FAIZ MANSOR
24
TENGAH
JOHOR DARUL TA’ZIM
5.
SAFAWI RASID
21
PENYERANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
6.
FADHLI SHAS
27
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
7.
FAZLY MAZLAN
25
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
8.
S KUNANLAN
32
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
9.
AFIQ FAZAIL
24
TENGAH
JOHOR DARUL TA’ZIM
10.
SYAFIQ AHMAD
23
PENYERANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
11.
ADAM NOR AZLIN
22
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
12.
HAZIQ NADZLI
20
PENJAGA GOL
JOHOR DARUL TA’ZIM
13.
NATXO INSA
32
TENGAH
JOHOR DARUL TA’ZIM
14.
LA’VERE CORBIN-ONG
27
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
15.
AKHYAR RASHID
19
PENYERANG
KEDAH
16.
AKRAM MAHINAN
25
TENGAH
KEDAH
17.
ARIFF FARHAN MD ISA
22
TENGAH
KEDAH
18.
SYAZWAN ANDIK ISHAK
22
TENGAH
KUALA LUMPUR
19.
IRFAN ZAKARIA
23
PERTAHANAN
KUALA LUMPUR
20.
NOR AZAM ABDUL AZIH
23
TENGAH
PAHANG
21.
MATTHEW DAVIES
23
PERTAHANAN
PAHANG
22.
HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY
25
PENJAGA GOL
PERAK
23.
SHAHRUL SAAD
25
PERTAHANAN
PERAK
24.
KIKO INSA
30
PERTAHANAN
BANGKOK GLASS
25.
WAN ZACK HAIKAL WAN NOR
27
TENGAH
FELDA UNITED
26.
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
29
PENJAGA GOL
KELANTAN
27.
MAHALLI JASULI
29
TENGAH
PKNS FC
28.
RAWILSON BATUIL
24
PERTAHANAN
SABAH
29.
SYAHMI SAFARI
20
TENGAH
SELANGOR

Ini merupakan panggilan latihan pusat sulung skuad kebangsaan di bawah kendalian Cheng Hoe yang secara rasmi dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu pada 7 Disember 2017 bagi menggantikan Nelo Vingada dari Portugal yang telah meletak jawatan pada 6 Disember 2017.
Daripada senarai di atas, hanya 14 pemain telah dikekalkan daripada skuad 23 pemain Harimau Malaya ke Buriram, Thailand bagi dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram pada 10 dan 13 November 2017 yang mana kedua-dua perlawanan tersebut berkesudahan skuad Harimau Malaya tewas 4-1.
Sembilan pemain yang digugurkan terdiri daripada dua penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan dan Khairulzhan Khalid serta Shahrom Kalam, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan, Ahmad Khairil Anuar Zamri, Hadin Azman serta Syamer Kutty Abba.
Bagi melengkapkan senarai 29 pemain kali ini, Cheng Hoe telah menamakan 15 pemain baharu antaranya dua pemain berdarah campuran dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Natxo Insa dan La’Vere Corbin-Ong, pemain Kedah, Ariff Farhan Md Isa serta kapten Sabah, Rawilson Batuil.
Turut tersenarai, sembilan pemain dari skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang berjaya mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, Januari lalu iaitu penjaga gol, Haziq Nadzli, Akhyar Rashid, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria, Matthew Davies, Syahmi Safari, Safawi Rasid, Nor Azam Abdul Azih dan kapten, Adam Nor Azlin.
Safawi, Nor Azam dan Adam Nor bagaimanapun merupakan sebahagian pemain yang dikekalkan daripada senarai 23 pemain ke Buriram, November lalu.
Empat lagi pemain baharu terdiri daripada mereka yang pernah dipanggil ke kem skuad kebangsaan sebelum ini iaitu penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, pemain tengah Kedah, Akram Mahinan, pemain PKNS FC, Mahalli Jasuli serta pemain pertahanan Perak, Shahrul Saad.
Selepas aksi bertemu Mongolia, skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Beirut pada Ahad, 25 Mac 2018.
Kumpulan B saingan kelayakan selepas lima perlawanan menyaksikan Lebanon di tangga teratas dengan 13 mata, Korea Utara di tangga kedua dengan 8 mata diikuti Hong Kong ketiga dengan 5 mata manakala Malaysia yang sudah pun tersingkir daripada perebutan dua tempat teratas layak ke pusingan akhir di tangga keempat dengan 1 mata. 
SENARAI 29 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD KEBANGSAAN, HARIMAU MALAYA BERMULA 18 MAC 2018 SENARAI 29 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD KEBANGSAAN, HARIMAU MALAYA BERMULA 18 MAC 2018 Reviewed by Abdul Wafi on March 13, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.