MENGHURAI FORMASI TAKTIKAL 4-2-3-1 MODEN

.

Ketika Pep Guardiola menjelaskan kenapa beliau menyukai 4-2-3-1, beliau menjelaskan bahawa formasi tersebut membolehkan pasukan beliau bermain lebih banyak bolasepak.
Ia adalah sistem yang berbeza dengan sistem 4-5-1 klasik yang masih ada ciri ciri 4-4-2 yang kuat cuma penggunaan box to box atau attacking midfielder sebagai tambahan di belakang penyerang.

Ciri-ciri 4-2-3-1 Guardiola Dan Bayern Munich




Guardiola terkenal dengan formasi 4-3-3 ketika beliau di Barcelona. Namun ketika di Bayern Munich, Pep lebih cenderung menggunakan 4-2-3-1.
Di bahagian pertahanan, beliau meletakkan back 4 standard dengan pendekatan fullback yang progresif untuk membekalkan width kepada pasukan apabila flanker masuk ke dalam.
Di tengah atau center half akan terbahagi kepada 2 sektor
Defensif Ofensif
The Double Six
Di bahagian defensif, beliau menggunakan double pivot. Role no.6 merujuk kepada defensive midfielder.Dalam sistem 4-2-3-1 ini, salah seorang nombor 6 akan bermain lebih defensif dan salah seorang lagi akan lebih ofensif.
Dua pemain tengah akan diarahkan untuk bermain peranan no.6. Anda boleh rujuk peranan pemain seperti Busquet, Casemiro dan Matic untuk peranan no.6 ini.
Ketika di Bayern, Pep Guardiola tidak memiliki pemain tengah defensif yang tulen.Beliau banyak menggunakan deep lying midfielder, Xabi Alonso.
Seterusnya adalah Arturo Vidal yang merupakan pemain tengah box to box. Pemain lain adalah seperti Thiago Alcantara yang memang berminda ofensif. Javi Martinez pula, tipikal box to boxseperti Arturo Vidal.
Ini bukan masalah besar untuk Pep Guardiola kerana beliau sendiri bertahun tahun menggunakan Sergio Busquet sebagai pemain di holding midfielder ketika di Barcelona.
Playmaker Dari Deep Area
Pendekatan yang sama digunakan Wenger dengan meletakkan pemain seperti Santi Cazorla di bahagian pivot. Idea ini lebih kepada, cuba memanfaatkan pemain yang bervisi tinggi untuk merancang permainan dari kawasan deep midfielder.
Ini bermakna, dalam sistem 4-2-3-1 yang berorientasikan bolasepak menyerang,correct defensive midfielder bukanlah syarat yang penting.
Di Arsenal Santi Cazorla menggunakan visi yang luas ini untuk merancang gerakan seterusnya (the next move). Dari segi tugas defensif, Arsene Wenger memiliki pemain seperti Coquelin ataupun menggandingkan Santi dengan pemain versatile Aaron Ramsey.
Pengurusan Attacking Midfielder
Ini adalah perkara yang penting dalam sistem 4-2-3-1. Keupayaan taktik ini untuk menekan pihak lawan sangat bergantung kepada attacking midfielder 3 di belakang penyerang utama.
Pemain seperti Thomas Muller menjadkan sistem ini lebih baik kerana boleh bermain di mana mana, sama ada di tengah, no.10, flanker atau menjadi penyerang kedua.
Kebebasan yang ada pada no.10 serta sokongan daripada sistem sayap yang bersifat narrowing atau masuk ke dalam. Ia memberikan kesan kepada fluiditi.
Fluiditi yang mencetuskan perubahan formasi kepada 3-4-3 atau 3-3-4 ketika ultra offensive.
Sifatnya yang lebih bergantung kepada no.10 dan gerakan yang aktif di belakang penyerang menyebabkan pasukan seperti Bayern Munich tidak merindui Robbery (Robben+Ribery).
Berbalik kepada prinsip asasnya adalah, mewujudkan sebanyak mungkin gerakan dan aliran (flow) bola di bahagian tengah atau belakang penyerang.
Penyerang Tunggal / Sole Striker
Perkara yang paling penting adalah motivasi dan keinginan untuk terus terlibat dan berhubung dengan mifielder 3 di belakang.
Bukan mudah untuk menjadi pemain no.9 yang boleh expose seperti Lewandowski. Ini bukanlah sistem yang terlalu aktif memberikan servis seperti mana sistem flank konvensional.
Lewandowski ada asas yang kuat dengan 4-2-3-1 yang ada pemain midfielder 3 yang berkualiti peyerang. Ketika di Dortmund, beliau sudah merasai sistem ini.
Manakala di Arsenal, pemain seperti Giroud agak struggle untuk menonjol sebagai penggempur. Ini kerana sistem flanker Arsenal bukanlah sistem sayap klasik yang pergi melakukan larian ke penjuru padang dan melakukan hantaran lintang.
Pada Piala Eropah tempoh hari, apabila Perancis bermain dengan sistem yang aktif dengan crosses, Giroud akan menonjol. Namun, jika sistem mereka lebih tertumpu kepada narrowing flanker, ia akan menyukarkan Giroud.
Kesimpulan
4-2-3-1 moden ini merupakan asas kepada kejayaan Mourinho di Chelsea pada era pertama beliau di Stamford Bridge
Kredit : Axello Tacts
MENGHURAI FORMASI TAKTIKAL 4-2-3-1 MODEN MENGHURAI FORMASI TAKTIKAL 4-2-3-1 MODEN Reviewed by Abdul Wafi on February 05, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.