Jenis-jenis penyerang di dalam bola sepak

#AspekTeknikal byAxello Mane
Nota ringkas : Jenis-jenis penyerang di dalam bola sepak. Ini antara role yang saya tahu setakat ini. Ada tambahan silakan!
Anda mana satu?
--------Baka (Breed) Klasik-----
1. Target man - Classic No.9



Lebih berdarah panas.
Pemain besar dan sangat kuat dalam duel terutama memenangi bola di udara.
Boleh melakukan direct header ataupun lay off kepada rakan.
Ciri-ciri :
Kekuatan Fizikal
Lompatan
Hold Bola
Stamina 
Cepat membuat keputusan
Teamwork
First Touch
Dari segi teknik gol, mereka kadangkala tidak bergantung kepada teknik yang lebih klinikal seperti poacher atupun false 9 tetapi mereka sangat bagus dalam mengawal bola dan shots.
Contoh : Ibrahimovic, Diego Costa, Benteke, Giroud
2. Poacher - Classic no.9



Berdarah Sejuk
Digelar fox in the box. Suka berkeliaran di dalam box. Tidak memiliki strength dari segi duel fizikal dan duel udara.
Teknik penyudah yang lebih klinikal dengan sentuh bola sikit pun dah menuju sudut sukar.
Memerlukan seorang pemain berlegar di belakang ataupun sekitar beliau.
Sangat lemah dalam build up work dan mintak disuap. Boleh jaringkan 30 gol tapi 1 team pun kena bekerja keras untuk dia seorang.
Ciri-ciri:
Lebih tenang
Positioning brilliant
Off ball movement baik yanggerakan tanpa bola
Cepat reacting kepada bola yang sampai ke kaki.
Boleh dribble
Contoh : Raul Gonzales, Inzaghi, Javier Hernandez
Baka ni makin pupus dalam top divisyen league.
--------Baka (Breed) MODEN---------
3. Deep Lying Forward - No.9 Moden



Lebih suka drop deep untuk menerima bola dan boleh mencipta peluang sendiri.
Suka dengan pertukaran hantaran/passes interchange. Gemar mencipta peluang untuk rakan lain.
Lebih mobiliti dan memilki skil yang lincah kadangkala seperti no.10
Ciri-ciri:
Tidak terikat untuk duduk dalam box sepanjang masa
Suka drop deep untuk menerima bola dan mencipta peluang
Lebih sukar dijangka
Boleh bermain dengan mana mana sistem , attacking 3, penyerang berkembar ataupun dia menjadi penyerang tunggal
Kreatif
contoh : Suarez, Aguero
4. False 9


Pengganti kepada sistem yang tidak ada pure no.9 Dalam kes Barcelona, walaupu Suarez ada (no.9) namun role dia adalah second striker, jadi messi adalah penggempur utama/ false 9.
Jika Messi di wide dan Suarez di top attacking, itu bermakna mereka sedang bermain dalam sistem yang ada no.9.
Ciri -ciri:
Drop deep sehingga ke center circle.
Mencetuskan havoc di kawasan gol
Kreatif
Lincah dan berskil tinggi
Klinikal dalam penyudah.
Contoh: Lionel Messi, Alexis Sanchez, Roberto Firmino, Nathan Redmond
5. Wing forward



Pemain penyerang sayap yang bermain di kedudukan kaki betul. bukan songsang.
Dulu Ronaldo pada awalnya, main di wing kanan sebagai wing forward.
Ciri-ciri :
Winger yang laju
Lebih tamak untuk skor berbanding dengan Side mifielder/winger klasik
Berskil
Drag opponent sampai ke byline
Contoh : Ronaldo (era awal di MUFC), RvP(Ketika era awal di Holland), Neymar era awal di Santos,Brazil
Baka ini masih mekar di Holland
6. Inside Forward



Antara pilihan pengurus untuk menggantikan baka Wing Forward.
Pemain kaki songsang di posisi songsang. ia memudahkan mereka melakukan cut inside and shots
Ciri -ciri :
Skil individu tinggi
Cut inside player ke zon 14
Drop deep untuk menerima bola dan generate attack
Opportunist
Laju
Contoh : Ronaldo, Hazard, Bale, Neymar
*Kes Neymar ni unik. Kaki kanan dan kiri dia sama kuat . Dia seperti wing forward yang drag sampai ke byline.
Jenis-jenis penyerang di dalam bola sepak Jenis-jenis penyerang di dalam bola sepak Reviewed by Abdul Wafi on February 12, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.