Gaji Pemain Bola Sepak Kedah FA Tular Di Media Sosial

.


Gaji Pemain Bola Sepak Kedah FA Tular Di Media Sosial. Kedah antara pasukan terbaik dalam saingan liga super 2018. Kejayaan mereka bangkit daripada era suram bolasepak kedah 2010-2014 ternyata mengejutkan ramai pihak. Buktinya mereka muncul naib juara piala malaysia 2015 ketika masih berada di Liga Perdana.

Ini diikuti kejayaan menjuarai Piala Malaysia pada musim 2016 dan sekali lagi melangkah ke final pada musim 2017 sebelum tewas kepada JDT.

Ramai pemain pada generasi 2015 sehingga sekarang menikmati kemudahan kenaikan gaji secara mendadak.

Gaji Pemain Bola Sepak Kedah FA Tular Di Media Sosial

Kini, nilai gaji Skuad Utama Kedah sedang tular di media sosial sama ada whatsapp dan facebook. Penularan dokumen gaji pemain Kedah 2018 di kaitkan dengan staff pengurusan dalaman pasukan mereka sendiri. Tiada pihak lain yang dapat menyebarkan dokumen ini melainkan staff sendiri.



Apa yang menarik perhatian, gaji pemain import sensasi Kedah iaitu Lirindon Krasniqi meraih  pendapatan bulanan, RM128,670 atau $32,994. Gaji Mat Don ini juga sama dengan seorang lagi pemain import kedah dari brazil, Sandro. Manakala, gaji pemain tempatan paling mahal ialah Baddrol Baktiar sebanyak RM77,109 sebulan selain gaji Kapten Khairul Helmi Johari RM51,869 sebulan.



Seorang lagi bintang skuad bawah 23 negara, Akhyar Rasyid,19 juga sudah dinaikkan sebanyak RM16,869 sebulan berikut kejayaan akhyar memacu kekuatan skuad bawah 23 negara tempoh hari.

Kedah membelanjakan sebanyak RM1.3 juta semusim bagi pembayaran gaji sahaja. Mungkin perbelanjaan pasuka mencecah RM15 juta semusim. 



Kesimpulannya, tidak hairan jika pemain berbakat dalam negara tidak mahu berkelana ke Liga-liga luar untuk menimba pengalaman.
Gaji Pemain Bola Sepak Kedah FA Tular Di Media Sosial Gaji Pemain Bola Sepak Kedah FA Tular Di Media Sosial Reviewed by Abdul Wafi on February 07, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.