Rasmi : FELDA United Dan T-Team Disingkirkan Ke Liga Perdana, PKNP Dan Negeri Sembilan Dinaikkan Ke Liga Sup

.

Teka-teki memgenai status Felda United di Liga Super akhirnya terjawab selepas Perkongsian Liabilti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengesahkan pasukan itu disingkirkan ke Liga Perdana untuk saingan musim hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam mengesahkan perkara tersebut dalam sidang media khas sebentar tadi.

FMLLP terpaksa membuat keputusan tersebut setelah FELDA United masih gagal mendapat kelulusan lesen Kelab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).



Kevin turut menjelaskan faktor kegagalan tersebut adalah FELDA United gagal mengemukakan dokuman berkaitan kewangan pada tarikh yang ditetapkan.

Dalam perkembangan sama, Kevin turut mengesahkan FMLLP menerima permohonan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menstrukturkan kembali bola sepak negeri tersebut.

Sebelum ini, PBSNT membuat permohonan ingin menjenamakan semula pasukan Terengganu kepada Terengganu I , manakala T-Team kepada Terengganu II yang akan dijadikan sebagai feeder club kepada Terengganu I.

Dengan kelulusan permohonan tersebut, T-Team yang kini dikenali sebagai Terengganu II terpaksa diturunkan ke Liga Perdana untuk saingan musim hadapan.

Kekosongan dua slot Liga Super 2018 akibat penyingkiran FELDA United dan Terengganu II akan diisi oleh PKNP dan Negeri Sembilan yang masing-masing menduduki tangga ketiga dan kelima Liga Perdana musim lalu.

Kevin menegaskan lagi, segala keputusan yang dibuat hari ini tiada unsur konspirasi dan penganiyaan kepada skuad kendalian B.Sathianathan.


Football Malaysia LLP mengumumkan pasukan Felda United sah tersingkir ke Liga Perdana setelah gagal mendapatkan lesen FAM. Pasukan yang berada di tangga ketiga dan kelima Liga Perdana iaitu PKNP FC dan Negeri Sembilan akan dinaikkan ke Liga Super bagi mengisi tempat yang ditinggalkan Felda dan T-Team yang jugak diturunkan ke Liga Perdana setelah berlaku penjenamaan semula.

Senarai Pasukan Liga Super Malaysia 2018

Pasukan Negeri
- Pahang FA
- Kedah FA
- Selangor FA
- Perak TBG
- Kelantan FA
- Kuala Lumpur FA
- Selangor FA
- TFCI (Terengganu I )
- Melaka United

Kelab
- PKNS FC
- Johor Darul Takzim FC
- PKNP FC
Rasmi : FELDA United Dan T-Team Disingkirkan Ke Liga Perdana, PKNP Dan Negeri Sembilan Dinaikkan Ke Liga Sup Rasmi : FELDA United Dan T-Team Disingkirkan Ke Liga Perdana, PKNP Dan Negeri Sembilan Dinaikkan Ke Liga Sup Reviewed by Abdul Wafi on December 04, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.