S.Veenod Sah Sertai The Red Warriors 2018

.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengesahkan bekas pemain tengah Selangor, S Veenod akan menyertai Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata Kafa bersetuju mengikat kontrak pemain berusia 29 tahun itu selama dua tahun bagi memperkuatkan The Red Warriors terutama di bahagian tengah.

“Veenod akan digandingkan dengan pemain tengah, Mohd Badhri Mohd Radzi dan Margaro Gomis yang masih kekal bersama dengan The Red Warriors pada musim depan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bibi Ramjani berkata Kafa memilih Veenod untuk memperkuatkan barisan tengah kerana pemain berkenaan mempunyai kepantasan dan berpengalaman luas dalam arena bola sepak tempatan kerana pernah beraksi bersama Selangor dan Pulau Pinang.

“Saya berharap dengan kehadiran Veenod akan mampu menggerakkan jentera di bahagian tengah yang akan memberi lebih banyak peluang kepada barisan hadapan untuk membuat serangan tajam serta menjadi benteng menahan asakan pemain lawan,” katanya.

Dalam pada itu, Bibi Ramjani berkata Kafa juga sedang berunding dengan beberapa pemain lain untuk disunting menjadi sebahagian daripada pemain The Red Warriors.



Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan pemain yang sedang diintai oleh Kafa itu untuk mengisi kekosongan dalam pasukan tersebut selepas penghijrahan beberapa pemainnya yang dilamar pasukan lain. – Bernama
S.Veenod Sah Sertai The Red Warriors 2018 S.Veenod Sah Sertai The Red Warriors 2018 Reviewed by Abdul Wafi on November 22, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.