Pengembaraan panjang remaja Korea singgah di Kelantan

.

Do Dong Hyung diumumkan sebagai pemain ke-2 dibawa masuk selepas sehari S.Veenod diumumkan. Siapa Do Dong Hyung? Pemain yang berkelana dalam usia yang muda. Menjelajah 4 negara, bermain dalam 5 Liga dan tidak pernah pulang ke rumah sendiri iaitu K-League.
Pemain b20 Korea Selatan ke A-League
Do Dong Hyung menjalani sesi percubaan di Autralia pada tahun 2011 ketika berusia 19 tahun, berjaya memikat kelab Brisbane Roar pada akhir musim 2011. Beliau ditawarkan kontrak selama 3 musim iaitu sehingga hujung musim 2014/15. Dong digambarkan oleh pihak Brisbane Roar seorang pemain muda yang menarik.
Salah satu sebab kelab itu menandatangi Do kerana mereka memerlukan seorang pemain kaki kiri dengan gaya permainan ‘more direct style’ iaitu menyamai apa yang diamalkan dalam gaya permainan Brisbane Roar pada masa itu. Dong dijadikan pemain muda sokongan kepada pasukan utama.
A League
-7.10.2012 (Perth Glory lwn Brisbane Roar 1-0: masuk m78)
-1.12.2012 (Brisbane Roar lwn Newcastle Jets 1-0: masuk m85)
-12.12.2012 (Melbourn City lwn Brisbane Roar 1-1: masuk m73)
Dari Australia menuju ke J2
Selepas 2 musim bersam Brisbane Roar, pada penghujung musim 2013 Dong menyertai FC Gifu di J2-Jepun. Walaupun Dong berjanji kemasukannya ke FC Gifu adalah tepat, beliau kurang mendapat tempat. Pada ketika ini beliau Cuma pemain 20 tahun bermain dalam liga luar dari negaranya.
FC Gifu cuma menggunakan 1 pemain import secara tetap iaitu Blazhe illijoski.
J2 League 2013
-25.7.2013 (FC Gifu vs Avispa Fukuoka 0-2: in m58)
-27.7.2013 (Fagiano Okinawa vs FC Gifu 1-2: Sub)
-1.9.2013 (FC Gifu vs Tokyo Verdy 1-2: in m81)
J2 League untuk musim –separuh musim pertama 2014
-30.3.2014 (Ehime vs Gifu 0-0: Sub)
-5.4.2014 (FC Gifu vs Avispa Fukuoka 1-2: in 83)
-13.4.2014 (Yokohma FC vs FC Gifu 0-1: Sub)
-18.4.2014 (Fagiano Okayama vs FC Gifu 2-1: in m46)
-25.5.2014 (FC Gifu vs Giravanz Kitakyushu 1-1: in m74)
Menyertai Liga Glamour India (ISL)
Selepas semusim setemgah bersama FC Gifu -2013- beliau menyertai Liga popular India iaitu ISL. Walaupun liga ini tiada dalam konfederasi Asia, tetapi di India ia lebih mendapat perhatian dari liga utama iaitu I League. ISL adalah liga separuh musim ke-2 di India.
Bersama Northeast United, Do Hyung meraih pengalaman bermain bersama ramai pemain import terkenal dunia. Menjadi rakan sepasukan dengan Kiko dan Capdevilla. Bermain bersama 14 pemain import lain dalam satu perlawanan.
-India Super League (Separuh musim 2014)
-13.10.2014 (NorthEast United vs Kerala Blasters 1-0: in71)
-16.10.2014 (NorthEast United vs ATK 0-2: in m63)
-19.10.2014 (NorthEast United vs Goa 1-1: 90)
-24.10.2014 (Mumbai City vs NorthEast United 0-2: 90)
-29.10.2014 (Delhi Dinamos vs NorthEast United 0-0: Sub)
-3.11.2014 (Pune City vs NorthEast United 1-0: 90)
-8.11.2014 (Chennaiyin vs NorthEast United 2-2: in m77)
-15.11.2014 (NorthEast United vs Pune City 0-0: Sub)
-18.11.2014 (ATK vs NorthEast United 1-0: Sub)
-24.11.2014 (NorthEast United vs Delhi Dynamos 1-2: 90)
-27.11.2014 (NorthEast United vs Chennaiyin 3-0: Sub)
-1.12.2014 (Goa vs NorthEast United 3-0: Sub)
-4.12.2014 (Kerala Blasters vs NorthEast United 0-0: Sub)
-10.12.2014 (NorthEast United vs Mumbai City 1-1: m65)
Membesar di I-League
Walaupun Dong Hyung tidak terlibat dengan I-League, beliau terlibat 100% dengan Calcutta Premeir League A bersama East Bengal. Satu liga yang melibatkan kelab-kelab sekitar Calcutta. Liga ini walaupun tidak diiktiraf AFC tetapi ia Liga ke-3 terbaik di India selepas I-League dan ISL.
Do Hyung mula terlibat dengan banyak perlawanan menjelang musim 2016. Muncul 15 kali dari 16 perlawanan sepanjang Liga.
I-League –separuh musim 2015
-10.1.2016 (Sporting Goa vs East Bengal 1-3: 90)
-17.1.2016 (Mumbai vs East Bengal 0-0: 90)
-23.1.2016 (Mohun Bagan vs East Bengal 1-1: 85)
-26.1.2016 (East Bengal vs Shivajians 1-0: 90)
-30.1.2016 (East Bengal vs Bengaluru 0-1: 90)
-5.2.2016 (East Bengal vs Aizawl 2-0: 59)
-9.2.2016 (East Bengal vs Shillong Lajong 4-0: in76)
-1.3.2016 (Salgaocar vs East Bengal 3-1: Sub)
-6.3.2016 (Shivajians vs East Bengal 2-0: 71)
-12.3.2016 (Aizawl vs East Bengal 2-3: Sub)
-2.4.2016 (East Bengal vs Mohun Bagan 2-1: in33) – 2 goals
-5.4.2016 (East Bengal vs Mumbai 2-2: in m50)
-10.4.2016 (Bengaluru vs East Bengal 3-1: 90) – Goal
-15.4.2016 (East Bengal vs Sporting Goa 0-0: 90)
-24.4.2016 (Shillong Lajong vs East Bengal 0-0: 90)
Dilepaskan oleh East Bengal
Do Hyung kelihatan sedikit kecewa dengan keputusan itu dengan kenyataannya beliau tidak tahu kenapa dilepaskan. Beliau mengatakan apabila pengurus sudah tidak mahukan anda, anda harus pergi. Tetapi beliau gembira untuk setiasa mengenang perlawanan derby terbesar di India melibatkan East Bengal dan Mohun Bagan, 2 jaringan dari sepakan percumanya.
Menurut pihak pengurusan East Bengal, Trevor Morgan. Prestasi Do Hyung gagal menyakinkannya. Morgan mengambarkan Dong Hyung tidak dapat menyesuaikan diri dengan taktikal dan kombinasinya. Pegawai kelab bersetuju dengan Morgan dan memutuskan untuk melepaskan Dong Hyung.
Ejennya dipanggil untuk membincangkan berkaitan klausa kontrak. Akhirnya Dong Hyung dilepaskan dengan sejumlah pampasan RM190,000 walaupun pada mulanya ejen Ronal Dalak menuntut RM636,000.
Selepas itu Dong Hyung mendapat 2 tawaran dari kelab india iaitu DSK Shivajians dan FC Bardez dan 1 tawaran dari kelab negaranya. Do Hyung memutuskan untuk pulang ke Korea sebelum memuktamadkan pasukan mana yang mahu disertainya.
Mula menjadi pemain penting pasukan-UITM FC
Do Dong Hyung tidak muncul di India, tidak kekal di Korea tetapi muncul di Malaysia dengan menyertai pasukan Liga perdana, UITM FC untuk musim 2017. Sepanjang musim itu, beliau mencatat 25 jaringan dan bantuan jaringan secara keseluruhannya. Statistik yang jauh lebih baik ketika beliau di India dan Australia. Terlibat dengan semua perlawanan Liga Super dan Piala FA.
Selepas tamat musim 2017, Uitm fc membuat tawaran kontrak sambungan kepada beliau bersama Akkani Sunday Wasiu. Kenyataan melalui Mustafa, pemain ini menampilkan prestasi yang cemerlang dan ingin dikekalkan. Bagaimanapun Uitm fc juga memahami agak sukar untuk mengekalkan pemain ini kerana tidak mampu menyaingi tawaran dari pasukan lain. Ia sememangnya dijangka akan terlepas.

Dong Hyung untuk Kelantan 2018-2019
Pada 22 November 2017, Do Dong Hyung diumumkan sebagai pemain Kelantan selama 2 musim. Apakah pemain boleh dikatakan ‘good bisnes’? Setakat ini ya.
Dong Hyung pemain yang baru berusia 24 tahun, mendapat pendedahan awal yang baik bersama skuad b20 Korea Selatan. Fasa pembelajaran berlaku di Australia dengan pasukan besar, Brisbane Roar dan A- League. Masuk ke dalam sistem bola sepak Jepun bersama FC Gifu dalam J2. Mula berkembang dengan 2 pasukan di India bersama 2 pasukan-Northeast United dan East Bengal-dalam 2 Liga-ISL dan I League.
Sebelum bersama Kelantan, Do Hyung sudah mendapat pengalaman menjadi pemain utama bersama Uitm fc. Beliau kelihatan seperti sentiasa berkembang, dan Kelantan mungkin platform seterusnya untuk beliau berkembang.
Apa posisi Do Dong Hyung
Do Hyung adalah pemain bercirikan menyerang. Di India beliau dikenali sebagai penyerang, di Uitm dikenali sebagai pemain tengah menyerang. Di FC Gifu beliau menyarung ‘jersi’ pemain sayap. Pemain berkaki kiri dan mempunyai kebolehan dalam melakukan sepakan percuma terus ke dalam jaring.
Sayap kriri menyerang, tengah menyerang, penyerang kiri dan penyerang tengah.
Semoga maju jaya untuk Do Dong Hyung untuk musim 2018.

Kredit : Football Channel Kelantan
Pengembaraan panjang remaja Korea singgah di Kelantan Pengembaraan panjang remaja Korea singgah di Kelantan Reviewed by Abdul Wafi on November 29, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.