Analisis liga divisyen 4 dan 5 dalam pertandingan domestik Malaysia

.

Baru- baru ini FAM mengumumkan bakal mewujudkan liga divisyen 4 dan 5 dalam pertandingan domestik Malaysia. Secara umumnya liga FAM adalah liga ke-3. Merupakan liga semi professional. Liga divisyen 4 dan 5 itu bakal menjadi liga amatur.
Seperti yang dinyatakan ia adalah liga melibatkan pasukan-pasukan komuniti. Adakah ia sesuai pada masa ini walaupun kelihatan agak baik?
Berbalik kepada 2 liga utama Malaysia, beberapa perkara yang masih belum kelihatan mengalami proses evolusi. Terutamanya melibatkan pasukan berstatus kelab. Hanya di Malaysia mempunyai pasukan berstatus negeri ataupun ‘football association’ jika dibandingkan dengan semua negara Asia Tenggara dan Asia.
Proses evolusi kelab hampir berlaku di semua pelusuk negara asia. Apakah proses itu?
Kelab-kelab bola sepak wujud dari syarikat swasta, kerajaan,pusat pendidikan dan komuniti setempat. Seperti kelab dari syarikat kereta, universiti, jabatan kerajaan atau komuniti setempat. Kelab-kelab ini pada akhirnya bergabung dengan nama bandar untuk meraih pasaran dan tarikan komuniti setempat.
Seperti Mitsubhisi menjadi Urawa Red Diamond atau Lembaga Lektik Wilayah menjadi Buriram.
Kelab-kelab di Malaysia tidak mengalami proses itu. Kenapa?
Jika di Jepun, JPFA menetapkan kewajipan untuk menukar nama pasukan. Pasukan ini perlu mempunyai nama Bandar. Sebagai contoh jika pasukan Universiti mendapat promosi ke J2, pasukan tersebut tidak boleh lagi menggunakan nama universiti tersebut tetapi mereka perlu untuk menggunakan nama bandar tempat pasukan itu beroperasi untuk mewakili komuniti tersebut.
Formula ini digunakan pakai oleh semua negara di asia. Penjenamaan pasukan menggunakan nama bandar. Hanya di Malaysia, pasukan masih menggunakan nama syarikat, universiti dan sebagainya. Tiada dasar yang jelas.
Ini mungkin kerana pasukan berstatus football association sudah menguasai pasaran penyokong. Football Association adalah gabungan dari persatuan bola sepak wilayah dan daerah setiap negeri. Tiada wilayah/daerah yang kosong untuk kelab meraih pasaran.
Pada akhirnya sepanjang 22 tahun bola sepak memasuki era professional tiada 1 pun kelab di Malaysia muncul secara kukuh. Ketika Thailand dan Jepun mampu melahirkan 1-2 kelab setiap tahun, Malaysia menyaksikan 1 kelab muflis dan tarik diri setiap tahun.
57 pasukan telah terlibat sejak 22 tahun lepas dalam liga utama dank ke-2 di Malaysia. 14 pasukan kekal, 5 pasukan jemputan, 21 pasukan telah menarik diri dan dibubarkan, 10 pasukan hilang selepas jatuh dari divisyen.
Di liga utama, 6 pasukan dibubarkan walaupun mencapai klimaks. 1 pasukan dibubarkan selepas jatuh divisyen.
-NS Chempaka
-Publik Bank
-MPPJ
-Telekom Melaka
-UPB Myteam
-Kuala Muda Naza
-PLUS KL
Adakah dengan mewujudkan liga divisyen 4 dan 5 itu langkah terbaik pada masa ini ketikaliga utama masih belum diseragamkan lagi antara pasukan negeri dan kelab. Liga utama masih lagi tidak mesra dan masih tidak menerima pasukan berstatus kelab.
Langkah pertama mungkin menyeragamkan nama pasukan supaya kelihatan seperti semua pasukan berada dalam persaingan sama rata. Seperti di Jepun atau di Thailand.
Untuk angka 31-32 pasukan lenyap dari 57 pasukan sejak 22 tahun ia jelas menunjukkan struktur liga Malaysia tidak berada dalam landasan yang tepat. Sekurang-kurangnya untuk bersaing dengan Liga di Thailand.

Kredit : Football Channel Kelantan 
Analisis liga divisyen 4 dan 5 dalam pertandingan domestik Malaysia Analisis liga divisyen 4 dan 5 dalam pertandingan domestik Malaysia Reviewed by Abdul Wafi on November 29, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.